Perbezaan penceritaan mengikut rantau La Galigo

Di Sulawesi Tengah

Nama Sawerigading I La Galigo cukup terkenal di Sulawesi Tengah. Ini membuktikan bahawa kawsan ini mungkin pernah diperintah oleh kerajaan purba Bugis iaitu Luwu'.

Sawerigading dan anaknya I La Galigo bersama dengan anjing peliharaanya, Buri, pernah merantau melawat lembah Palu yang terletak di pantai barat Sulawesi. Buri, yang digambarkan sebagai seekor binatang yang garang, dikatakan berjaya mengundurkan laut ketika I La Galigo bertengkar dengan Nili Nayo, seorang Ratu Sigi. Akhirnya, lautan berdekatan dengan Loli di Teluk Palu menjadi sebuah tasik iaitu Tasi' Buri' (Tasik Buri).

Berdekatan dengan Donggala pula, terdapat suatu kisah mengenai Sawerigading. Bunga Manila, seorang ratu Makubakulu menjemput Sawerigading bertarung ayam. Akan tetapi, ayam Sawerigading kalah dan ini menyebabkan tercetusnya peperangan. Bunga Manila kemudiannya meminta pertolongan kekandanya yang berada di Luwu'. Sesampainya tentara Luwu', kekanda Bunga Manila mengumumkn bahawa Bunga Manila dan Sawerigading adalah bersaudara dan ini mengakhiri peperangan antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, Bunga Manila masih menaruh dendam dan dengan itu mengarahkan anjing beliau, Buri (anjing hitam), untuk mengikuti Sawerigading. Anjing itu menyalak tanpa henti dan ini menyebabkan kesemua tempat mereka lawati menjadi daratan.

Kisah yang lainnya yang terdapat di Donggala ialah I La Galigo dikatakan terlibat dalam laga ayam dengan orang Tawali. Di Biromaru, beliau berlaga ayam dengan Ngginaye atau Nili Nayo. Ayam Nili Nayo dinamakan Calabae manakala lawannya ialah Baka Cimpolo dan ayam I La Galigo kalah dalam perlagaan itu. I La Galigo kemudiannya meminta pertolongan daripada ayahandanya, Sawerigading. Sesampainya Sawerigading, beliau mendapati bahawa Nili Nayo adalah bersaudara dengan I La Galigo, kerana Raja Sigi dan Ganti adalah sekeluarga.

Di Sakidi Selatan pula, watak Sawerigading dan I La Galigo adalah seorang pencetus tamadun dan inovasi.

Di Sulawesi Tenggara

Ratu Wolio pertama di Buntung di gelar Wakaka, dimana mengikut lagenda muncul dari buluh (bambu gading). Terdapat juga kisah lain yang menceritakan bahawa Ratu Wolio adalah bersaudara dengan Sawerigading. Satu lagi kisah yang berbeza iaitu Sawerigading sering ke Wolio melawat Wakaka. Beliau tiba dengan kapalnya yang digelar Halmahera dan berlabuh di Teluk Malaoge di Lasalimu.

Di Pulau Muna yang berdekatan, pemerintahnya mengaku bahawa beliau adalah keturunan Sawerigading atau kembarnya We Tenriyabeng. Pemerintah pertama Muna iaitu Belamo Netombule juga dikenali sebagai Zulzaman adalah keturunan Sawerigading. Terdapat juga kisah lain yang mengatakan bahawa pemerintah pertama berasal dari Jawa, kemungkinan dari Majapahit. Permaisurinya bernama Tendiabe. Nama ini mirip dengan nama We Tenyirabeng, nama yang di dalam kisah La Galigo, yang berkahwin dengan Remmangrilangi', bermaksud 'Yang Tinggal Di Syurga'. Terdapat kemungkinan Tendiabe adalah keturunan We Tenyirabeng. Pemerintah kedua, sama ada anak kepada Belamo Netombule atau Tendiabe atau kedua-duanya, bernama La Patola Kagua Bangkeno Fotu.

Manakala nama-nama bagi pemerintah awal di Sulawesi Tenggara adalah mirip dengan nama-nama di Tompoktikka, seperti yang tercatat di dalam La Galigo. Contohnya Baubesi (La Galigo: Urempessi). Antara lainnya ialah Satia Bonga, pemerintah Wolio(La Galigo: Setia Bonga).

Di Gorontalo

Lagenda Sawerigading dan kembarnya, Rawe, adalah berkait rapat dengan pembangunan beberapa negeri di kawasan ini. Mengikut lagenda dari kawasan ini, Sarigade, putera Raja Luwu' dari negeri Bugis melawat kembarnya yang telah hidup berasingan dengan ibubapanya.Sarigade datang dengan beberapa armada dan melabuh di tanjung Bayolamilate yang terletak di negeri Padengo. Sarigade mendapat tahu bahawa kembarnya telah berkahwin dengan raja negeri itu iaitu Hulontalangi. Maka, beliau bersama-sama dengan kekanda iparnya bersetuju untuk menyerang beberapa negeri sekitar Teluk Tomini dan membahagikan kawasan-kawasan itu. Serigade memimpin tentera berkeris manakala Hulontalangi memimpin terntera yang menggunakan kelewang. Setelah itu, Sarigade berangkat ke Cina untuk mencari seorang gadis yang cantik dikatakan mirip dengan saudara kembarnya. Setelah berjumpa, beliau terus berkahwin dengannya.

Terdapat juga kisah lain yang menceritakan tentang pertemuan Sawerigading dengan Rawe. Suatu hari, Raja Matoladula terlihat seorang gadis asing di rumah Wadibuhu, pemerintah Padengo. Matoladula kemudiannya berkahwin dengan gadis itu dan akhirnya meneyedari bahawa gadis itu adalh Rawe dari kerajaan Bugis Luwu'. Rawe kemudiannya menggelar Matoladula denhan gelaran Lasandenpapang.

Di Semenanjung Melayu dan kepulauan Riau

Kisah Sawerigading cukup terkenal di kalangan keturunan Bugis dan Makasar di Malaysia. Ia dibawa sendiri oleh Bugis yang bermigrasi ke Malaysia. Terdapat juga unusur Melayu dan Arab diserap sama.

Ketika abad 15, Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah diserang oleh 'Keraing Semerluki' dari Makassar. Semerluki yang disebut ini berkemungkinan adalah Karaeng Tunilabu ri Suriwa, putera pertama kerajaan Tallo', dimana nama sebenarnya ialah Sumange'rukka' dan beliau berniat untuk menyerang Melaka, Banda dan Manggarai.

Perhubungan yang jelas muncul selepas abad ke 15. Pada tahun 1667, Belanda memaksa pemerintah Goa untuk mengaku kalah dengan menandatangani Perjanjian Bungaya. Dlaam perjuangan ini,Goa dibantu oleh Arung Matoa dari Wajo'. Pada tahun berikutnya, kubu Tosora dimusnahkan oleh Belanda dan sekutunya La Tenritta' Arung Palakka dari Bone. Ini menyebabkan ramai Bugis dan Makassar bermigrasi ke tempat lain. Contohnya, serombongan Bugis tiba Di Selangor dibawah pimpinan Daeng Lakani. Pada tahun 1681, seramai 150 orang Bugis menetap di Kedah. Manakala sekitar abad ke 18, Daeng Matokko' dari Peneki, sebuah daerah di Wajo', menetap di Johor. Sekitar 1714 dan 1716, adik beliau, La Ma'dukelleng, juga ke Johor. La Ma'dukelleng juga digelar sebagai Ketua Lanun oleh Belanda.

Walau bagaimanapun, keturunan Opu Tenriburong memainkan peranan penting dimana mereka membuat penempatan di Kuala Selangor dan Klang keturunan ini juga turut dimahkotakan sebagai Sultan Selangor dan Sultan Johor. Malahan, kelima-lima anak Opu Tenriburong memainkan peranan yang penting dalam sejarah di kawasan ini. Daeng Merewah menjadi Yang Dipertuan Riau, Deang Parani berkahwin dengan puteri-puteri Johor, Kedah dan Selangor dan juga ayanhanda kepada Opu Daeng Kamboja (Yang Dipertuan Riau ke tiga), Opu Daeng Menambun (menjadi Sultan Mempawah dan Matan), Opu Daeng Cella' (berkahwin dengan Sultan Sambas dan keturunannya menjadi raja di sana).

Pada abad ke 19, sebuah teks Melayu iaitu Tuhfat al-Nafis mengandungi cerita-cerita seperti didalam La Galigo. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan-perubahan dalam Tuhfat al-Nafis seperti permulaan cerita adalah berasal dari Puteri Balkis, Permaisuri Sheba dan tiada cerita mengenai turunnya keturunan dari langit seperti yang terdapat di dalm La Galigo. Anak perempuannya, Sitti Mallangke', menjadi Ratu Selangi, sempena nama purba bagi pulau Sulawesi dan berkahwin dengan Datu Luwu'. Kisah tidak terdapat dalam La Galigo. Walaubagaimnapun, puteranya iaitu Datu Palinge' berkemungkinan sama dengan watak didalam La Galigo.